Top Ad unit 728 × 90

Buku Pengurusan Pengawas Sekolah

Buku Pengurusan Pengawas Sekolah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Buku Pengurusan Pengawas Sekolah

Perkongsian kali ini melibatkan buku pengurusan pengawas sekolah sebagai contoh rujukan dan panduan guru dan sekolah.

SENARAI TUGAS PENGAWAS

  1. Mengawal disiplin diri dan pelajar.
  2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
  3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
  5. Memastikan keceriaan sekolah, bilik gerakan pengawas dan taman pengawas dijaga dengan baik.
  6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
  7. Memimpin rakan-rakan pelajar dalam mencapai misi dan visi sekolah.
  8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
  9. Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.
  10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
  11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan
  12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
  13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum,
  14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
  16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
  18. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku , lagu Negeri dan lagu Sekolah.
  19. Menjalankan tugas-tugas semasa arahan guru-guru dan pihak sekolah

Berikut pula merupakan tugas pengawas secara terperinci mengikut jawatan

Portfolio dan Bidang Tugas

KETUA PENGAWAS

  1. Merupakan ketua pelajar dan wakil pelajar.
  2. Menjadi ketua dan peneraju dalam pengurusan kepengawasan dalam kalangan ahli pengawas yang sedia ada.
  3. Memaklumkan sebarang maklumat dan informasi kepada pengawas dan pelajar.
  4. Merupakan jambatan antara guru dan pengawas/pelajar.
  5. Memastikan organisasi pengawas berjalan dengan lancer dan memantau gerak kerja ahli-ahli biro dan pengawas.
  6. Menyediakan pembahagian tugas harian dalam kalangan pengawas untuk rondaan pada waktu pagi, rehat dan tengah hari.

KETUA PENGAWAS PEREMPUAN

  1. Merupakan timbalan dan pembantu kepada Ketua Pengawas dan merupakan ketua kepada pengawas perempuan.
  2. Bertindak mengikut keperluan sekiranya ketua pengawas tiada di sekolah.
  3. Sebagai penyimpan amanah atau kutipan duit dalam kalangan pengawas.
  4. Menjadi penguhubung dan jambatan antara guru danpelajar.
  5. Menjalankan amanah dan tugas yang telah diarahkanoleh ketua pengawas atau guru-guru.
  6. Memastikan Bilik Gerakan Pengawas dalam keadaan sempurna, kemas dan tersusun.

TIMBALAN-TIMBALAN KETUA PENGAWAS

  1. Menjadi pembantu danpenolong kepada ketua pengawas.
  2. Orang kedua dari belakang ketua pengawas.
  3. Memastikan kerja-kerja dan tugas pengawas berjalan dengan lancar seperti arahan daripada ketua pengawas.
  4. Timbalan ketua pengawas harian berperanan dalam memahami dan mengetahui keperluan pengawas-pengawas harian.
  5. Timbalan pengawas asrama berperanan dalam mengetahui dan memahami keperluan pengawas-pengawas asrama.
  6. Timbalan pengawas sesi petang berperanan menjadi ketua kepada pengawas sesi petang.  Memastikan tugas dan peranan pengawas sesi petang berjalan lancar mengikut tugas dan arahan yang telah diberikan.

SETIAUSAHA KEHORMAT

  1. Pencatat minit mesyuarat apabila ada mesyuarat atau taklimat diadakan tidak kira secara rasmi atau tidak rasmi.
  2. Menyediakan surat menyurat secara rasmi atau tidak rasmi dalam badan pengawas sekolah.
  3. Berperanan sebagai ketua apabila ketua pengawas tiada di dalam kawasan sekolah.
  4. Menerima arahan daripada ketua pengawas untuk menjalankan tugas memanggil untuk mesyuarat.
  5. Menyediakan jadual tugas harian dan rondaan pengawas dan diedarkan kepada setiap org pengawas.
  6. Memantau borang kehadiran pengawas bertugas setiap hari dalam setiap bahagian rondaan.

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

  1. Sebagai pembantu kepada Setiausaha Kehormat dalam segala kerja pengkeranian.
  2. Menjadi pengganti sementara sekiranya Setiausaha Kehormat tiada di dalam sekolah.
  3. Menyelia fail-fail dan rekod-rekod yang terdapat dalam Bilik Gerakan Pengawas.

KETUA BIRO DISIPLIN DAN TATATERTIB

  1. Berperanan dalam memastikan disiplin dan tatatertib dalam kalangan pengawas pada tahap yang maksimum.
  2. Menjadi pemerhati kepada tingkah laku pengawas.
  3. Berhubung kait secara rapat dengan Jawatan Kuasa Penyelaras Disiplin Guru.
  4. Menyediakan jadual tugas dan mengepala aktiviti sekiranya ada ‘sportcheck’ dilakukan oleh Guru Penyelaras Disiplin Sekolah.
  5. Bekerjasama dengan Biro Tugas-tugas Khas dan perhimpunan untuk ‘sportcheck’ selepas perhimpunan sekolah. Melantik pengawas untuk merekod dan mencatat pelajar yang melanggar disiplin seperti kuku panjang, kuku bewarna, tidak ikat rambut, pengikat rambut yang bewarna warni, menggunakan selipar, kaki seluar ketat dan rambut panjang dan bewarna dan lain-lain kesalahan yang relevan yang melanggar peraturan sekolah.
  6. Memberi arahan untuk tugasan pemantauan dan sportcheck selepas perhimpunan.

Berikut merupakan buku pengurusan pengawas sekolah

Contoh buku pengurusan pengawas sekolah

Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Buku Pengurusan Pengawas Sekolah appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Buku Pengurusan Pengawas Sekolah

Buku Pengurusan Pengawas Sekolah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Buku Pengurusan Pengawas Sekolah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Buku Pengurusan Pengawas Sekolah Reviewed by Unknown on 2:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.