Top Ad unit 728 × 90

Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah

Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah

Perkongsian kali ini melibatkan Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah sebagai contoh rujukan dan panduan guru dan sekolah.

Objektif makmal komputer adalah

  1. Murid mahir menggunakan semua kemahiran berkaitan teknologi maklumat.
  2. Melahirkan murid berpengetahuan dan Celik IT.
  3. Murid yang berdaya saing untuk menghadapi cabaran dunia IT.
  4. Menggalakkan menggunakan komputer sebagai medium penerimaan ilmu pengetahuan.
  5. Menarik minat murid untuk mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang komputer.
  6. Menyumbangkan sesuatu dalam dunia IT.

Antara strategi pengurusan makmal komputer adalah

  1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Makmal Komputer.
  2. Menubuhkan Jawatankuasa Kelab Komputer.
  3. Meningkatkan keceriaan makmal komputer agar ianya menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran komputer.
  4. Menjalankan kursus dalaman dan latihan kepada guru-guru agar mahir dalam semua bidang pengkomputeran bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid.
  5. Memberikan pendidikan pengkomputeran kepada murid-murid yang meliputi kemahiran dan bidang-bidang tertentu.
  6. Memberikan pengiktirafan terhadap hasil kerja dan kejayaan yang dicapai oleh guru dan murid.
  7. Mengadakan kelas-kelas tuisyen kepada murid-murid yang berminat agar segala kemahiran yang telah dipelajari dapat diperkembangkan lagi.
  8. Mengadakan penilaian terhadap segala kemahiran yang telah dipelajari.

Antara peraturan keselamatan makmal komputer adalah

Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan makmal komputer., Sebarang penyambungan atau penambahan punca kuasa tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran pihak yang bertanggung-jawab. Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas dan hanya disimpan oleh Guru Besar dan Penyelaras ICT. Mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki makmal komputer atau bilik pelayan dan Penyelaras ICT mestilah menemani pelawat yang mengunjungi bilik di bawah kawalan beliau.

Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat ‘Uninterupted Power Supply’ serta dilindungi oleh pencegah kilat. Makmal komputer perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis C02.  Bilik pelayan yang hanya dibekalkan dengan satu penghawa dingin, pelayan hendaklah di’shutdown’ apabila tidak digunakan.  Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan di’off’kan sebelum meninggalkan makmal komputer. Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tampa kebenaran dan penyeliaan Penyelaras ICT.  Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu. Sistem pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Berikut merupakan buku pengurusan makmal komputer sekolah

Contoh buku pengurusan makmal komputer

Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah

Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Buku Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Reviewed by Unknown on 2:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.