Top Ad unit 728 × 90

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu

Perkongsian kali ini melibatkan garis panduan yang mesti dihadam oleh pengurusan sekolah untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak sekolah pasca wabak dan semasa zaman Covid-19.

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 ini mengandungi sepuluh (10) skop utama yang telah dikemas kini berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu yang telah dikeluarkan pada 5 Oktober 2020 dan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah pada 4 Jun 2020 serta semua garis panduan tambahan (annex) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.

Antara beberapa perkara dalam garis panduan ini adalah

Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar negeri. Bagi mengelakkan kesesakan, pihak sekolah boleh mengurus pergerakan keluar masuk murid/pelajar

Perhimpunan sekolah yang melibatkan murid/pelajar, guru atau warga sekolah berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan.

memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip, butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan di laluan pergerakan murid/pelajar bagi sekolah yang mempunyai Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan lain-lain;

menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti kantin, tandas dan surau, manakala pensanitasi tangan boleh disediakan di lokasi seperti bilik PdP, pejabat dan bilik guru;

mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan dan keselamatan di lokasi strategik seperti laluan murid/pelajar, kantin, bilik PdP, pejabat, bilik guru, ruang menunggu dan asrama sebelum sesi persekolahan bermula. Pentadbir hendaklah memuat turun bahan bercetak terbitan KKM daripada laman sesawang KKM;

memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas dilakukan terhadap murid/pelajar, guru dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Pentadbir sekolah dibenarkan untuk melaksanakan saringan ini di dalam kawasan sekolah berhampiran dengan pintu masuk utama jika laluan masuk ke sekolah sempit atau berhampiran dengan jalan utama. Hal ini adalah bagi mengelakkan kesesakan dan ketidakpatuhan pada penjarakan fizikal;

Berikut merupakan garis panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu

Fail Garis Panduan Sekolah Norma Baharu 2.0

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 Reviewed by Unknown on 11:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.