Top Ad unit 728 × 90

Pembukaan Sekolah Sepenuhnya bermula 15 Julai 2020 berperingkat

Pembukaan Sekolah Sepenuhnya bermula 15 Julai 2020 berperingkat medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pembukaan Sekolah Sepenuhnya bermula 15 Julai 2020 bagi murid bukan peperiksaan awam

Tarikh pembukaan sekolah telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan pada 1 Julai 2020 melalui ucapan yang diberikan melalui sidang media pada pukul 4.00 petang.

Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020.

Bagi murid Tingkatan 6 semester 1, kelas peralihan, tingkatan 1 hingga 4 serta murid tahun 5 dan 6 adalah pada hari Rabu 15 Julai 2020.

Manakala bagi murid tahun 1 hingga 4, akan mula ke sekolah pada hari rabu 22 Julai 2020.

3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah adalah model 1 sesi bagi mempunyai ruang dan bilik darjah mencukupi, model 2 sesi bagi sekolah yang tidak mempunyai ruang yang mencukupi dan model penggiliran adalah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi walaupun dijalankan 2 sesi.

Murid tahun 1 hingga 6 bergilir-gilir mengikut kelas dan tahap. Pihak sekolah akan tentukan penggiliran yang bersesuaian. Murid yang tidak ke sekolah akan melalui home base learning.

Antara SOP yang diterangkan adalah

Apabila murid sampai di sekolah, guru-guru bertugas akan memeriksa suhu badan mereka di pintu masuk sekolah. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.

Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.50C atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Setelah pemeriksaan suhu badan dibuat, murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.

Sewaktudisekolah,muridakandiingatkanuntuksentiasamenjaga kebersihan diri, terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap. Contohnya, apabila murid tiba di sekolah, pada waktu rehat dan sebelum meninggalkan sekolah.

Di dalam kelas nanti, meja-meja disusun pada jarak satu (1) meter. Secara umumnya, kapasiti maksimum untuk sebuah kelas dengan mengambil kira penjarakan sosial adalah tidak melebihi 20 murid. Namun, untuk ruang yang lebih besar seperti dewan sekolah, kapasiti tentunya lebih tinggi.

Bagaimana pula keadaannya pada waktu rehat? Tentunya ibubapa membayangkan anak-anak bersesak-sesak di kantin. Jangan risau, waktu rehat adalah secara berperingkat.

Di kantin nanti,makanan dan minuman akan siap dibungkus. Murid perlu beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan di kantin. Murid akan makan di dalam kelas masing- masing di bawah pengawasan guru.

Ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka.

Selain daripada pengawasan guru di sekolah, kami mohon jasa baik ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berpesan kepada anak-anak agar mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri pada setiap masa.

Berikut merupakan teks ucapan oleh Menteri Kanan Pendidikan.

teks ucapan menteri kanan pendidikan bagi murid bukan kelas peperiksaan awam

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Pembukaan Sekolah Sepenuhnya bermula 15 Julai 2020 berperingkat appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Pembukaan Sekolah Sepenuhnya bermula 15 Julai 2020 berperingkat

Pembukaan Sekolah Sepenuhnya bermula 15 Julai 2020 berperingkat merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Pembukaan Sekolah Sepenuhnya bermula 15 Julai 2020 berperingkat atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Pembukaan Sekolah Sepenuhnya bermula 15 Julai 2020 berperingkat Reviewed by Unknown on 5:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.