Top Ad unit 728 × 90

Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah

Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah

Perkongsian kali ini melibatkan RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah. Kebanyakan adalah melibatkan mata pelajaran tahun 5 dan tahun 6. Tahun 1 hingga tahun 4 melibatkan bahasa arab dan pendidikan islam.

Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus (COVID-19).

Arahan PKP telah membawa normal baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya. Dapatan daripada beberapa tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid berlaku.

Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.

Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru dapat memastikan kandungan DSKP disampaikan kepada murid seterusnya merealisasikan hasrat dan matlamat mata pelajaran KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penjajaran kandungan DSKP KSSR bagi kegunaan tahun 2020.

Di bawah ini koleksi rpt dpk tahun 2020 KSSR Semakan mengikut tahun (rancangan pengajaran tahunan) -RPT  – Mata pelajaran melibatkan bahasa sedang dikemaskini. In sha Allah esok 21 julai.

Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 1 2020 KSSR Semakan

Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 2 2020 KSSR Semakan

Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 3 2020 KSSR Semakan

Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 4 2020 KSSR Semakan

Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 5 2020 KSSR

Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 6 2020 KSSR

Koleksi RPT 2020 DLP Year 1-Year 6 Science Mathematics

Selamat merancang cikgu !!! Terima kasih kepada yang sudi berkongsi.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah

Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah Reviewed by Unknown on 8:16 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.