Top Ad unit 728 × 90

Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSM Sekolah Menengah

Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSM Sekolah Menengah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSM Sekolah Menengah

Perkongsian kali ini melibatkan DPK dan DSKP bagi sekolah menengah KSSM.

Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus (COVID-19). Arahan PKP

telah membawa normal baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya. Dapatan daripada beberapa tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid berlaku.

Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.

Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.

Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Berikut merupakan DPK dan DSKP mengikut tingkatan. Kongsikan.

Koleksi DPK dan DSKP Tingkatan 1 KSSM

Koleksi DPK dan DSKP Tingkatan 2 KSSM 2018

Koleksi DPK dan DSKP Tingkatan 3 KSSM

Koleksi DPK dan DSKP Tingkatan 4 KSSM

Koleksi DSKP KSSM Mata Pelajaran Vokasional MPV Tingkatan 4 dan 5

Bagi tingkatan 5, mereka akan masih menggunakan huraian sukatan pelajaran HSP bagi KBSM. Berikut merupakan koleksi HSP tersebut.

Koleksi Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 5

Koleksi DSKP Tingkatan 5 KSSM

Terima kasih.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSM Sekolah Menengah appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSM Sekolah Menengah

Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSM Sekolah Menengah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSM Sekolah Menengah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSM Sekolah Menengah Reviewed by Unknown on 4:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.