Top Ad unit 728 × 90

Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah

Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah

1. Apakah itu pendidikan sivik?*

Pendidikan sivik membawa maksud ilmu berkaitan tatarakyat dan bagaimana menggerakkan seseorang warganegara itu supaya bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

2. Apakah tujuan pendidikan sivik diperkenalkan?*

Pendidikan sivik penting sebagai sebahagian daripada usaha untuk membentuk generasi Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai warganegara serta memiliki akhlak mulia dan keperibadian tinggi dalam pelbagai konteks termasuk diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

3. Bilakah pendidikan sivik dilaksanakan?*

Pendidikan sivik telah mulai dilaksanakan pada Jun 2019.

4. Adakah pendidikan sivik ini melibatkan semua sekolah?*

Pelaksanaan pendidikan sivik ini melibatkan semua prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

5. Bagaimana pendidikan sivik ini dilaksanakan?*

Pelaksanaan pendidikan sivik dilakukan secara bersepadu dengan memberi penekanan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik dan pelaksanaannya melibatkan di dalam dan di luar bilik darjah.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan aspek literasi dan amali sivik?*

Literasi sivik adalah rangkuman kepada aspek pengetahuan kewarganegaraan, sosioemosi kewarganegaraan dan tindakan kewarganegaraan yang dimasukkan dalam kurikulum dan perlu dikuasai murid.

Semua perkara ini dirangkumkan dalam kurikulum melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.

Pendidikan sivik akan dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran berkenaan.

Pendidikan sivik juga diajar kepada anak-anak di prasekolah selamat 30 minit.

Amali sivik pula memberi fokus kepada aspek praktikal amalan sivik melalui pengaplikasikan dalam perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum dan program sekolah yang lain.

7. Adakah pelaksanaan pendidikan sivik ini akan membebankan guru dan murid?*

KPM sentiasa memastikan sebarang pelaksanaan terhadap penambahbaikan pendidikan negara tidak melibatkan pertambahan tugas kepada guru atau memberikan bebanan kepada murid.

Pelaksanaan pendidikan sivik ini tidak melibatkan sebarang pertambahan masa dalam jadual harian sekolah kerana ia diaplikasikan kepada mata pelajaran sedia ada seperti yang disenaraikan di perenggan 6.

8. Bagaimana KPM dapat memastikan pelaksanaan pendidikan sivik ini dapat berjalan lancar?*

Bagi memastikan pelaksanaan pendidikan sivik ini berjalan lancar, KPM telah menyediakan KPM telah menyediakan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik yang merangkumi Modul Exemplar untuk kurikulum, Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam kokurikulum.

Guru-guru boleh menggunakan semua bahan-bahan ini sebagai asas untuk menggerakan pengajaran sivik, namun dalam masa sama KPM sentiasa terbuka untuk guru-guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dalam menyampaikan ilmu.

Berikut merupakan perincian bagi pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah rendah

Perincian Pendidikan Sivik di Sekoalh Rendah

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah

Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Perincian Pendidikan Sivik Sekolah Rendah Reviewed by Unknown on 5:53 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.