Koleksi Ujian Diagnostik UPSR
Koleksi Ujian Diagnostik UPSR
Ujian diagnostik upsr atau Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan.
Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas. Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa. Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.
Menurut Jamila K.A Mohamed (2005) mendefinisikan penilaian pengesanan adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan murid supaya dapat mengenalpasti masalah atau ketidakupayaan sebenar yang menyebabkan murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan penilaian diagnostik sebagai penilaian secara formatif bagi mendapatkan data yang menunjukkan ketidakupayaan murid yang akan menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, penilaian diagnostik ini adalah penilaian yang dilakukan kepada kanak-kanak mengikut tahap ketidakupayaan mereka. Dengan ini langkah dan rawatan tertentu boleh diambil dengan lebih berkesan
Dalam peperiksaan UPSR, ujian pengesanan atau ujian diagnostik ditadbir kebiasaannya pada bulan Januari setiap tahun. Ujian ini membolehkan sekolah mendapat gambaran awal pencapaian murid dalam UPSR. Namun, objektif utama adalah untuk menilai penguasaan murid dalam mata pelajaran tertentu supaya pihak guru dan sekolah dapat merancang sesuatu untuk meningkatkan pencapaian mereka.
Berikut merupakan koleksi awal ujian diagnostik UPSR
Bahasa Melayu Pemahaman UPSR (Ujian Diagnostk)
Bahasa Melayu Penulisan UPSR (Ujian Diagnostik)
Bahasa Inggeris Pemahaman UPSR (ujian diagnostk)
Bahasa Inggeris Penulisan UPSR (UJian Diagostik)
Matematik (Ujian Diagnostk) UPSR
In sha Allah, kekuatan dan kelemahan murid dapat dikesan dan diatasi awal bagi membolehkan sekolah mencapai keputusan upsr yang baik.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
The post Koleksi Ujian Diagnostik UPSR appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Koleksi Ujian Diagnostik UPSR
Koleksi Ujian Diagnostik UPSR merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Koleksi Ujian Diagnostik UPSR atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: