Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan berkaitan pelaksaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) diteruskan pada tahun ini.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) telah mula dilaksanakan pada 1 Mac 2017 dan akan diteruskan pelaksanaannya mulai Januari 2018. Tujuan utama SKPMg2 diperkenalkan adalah sebagai panduan bagi meningkatkan kualiti pengoperasian sekolah dimana semua aspek penilaian SKPMg2 adalah berdasarkan perkara dan tanggungjawab sedia ada di sekolah.
Mulai tahun 2018, pengisian portal SKPMg2 akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pada seperti berikut :
- Fasa 1 : Januari hingga Mac 2018
- Fasa 2 : Ogos hingga 15 November 2018
Semua sekolah di bawah KPM dikehendaki melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan SKPMg2 melalui portal NKRA KPM (https://nkra.moe.gov.my/).
Pihak sekolah juga dimohon merujuk Prosedur Pelaksanaan dan Dokumen Edaran PPS (PPSEP) bertarikh 1 Januari 2018 yang boleh dimuat turun daripada portal berkenaan bagi memastikan pengisian skor PKS dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh memuat turun dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan SKPMg2 bagi Tahun 2018 ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.
Dapatkan “Dokumen SKPMg2 2018” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Semoga perkongsian berkaitan Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018 ini memberikan manfaat kepada semua pihak khususnya kepada pihak sekolah dalam melaksanakan standard yang telah dinyatakan dalam SKPMg2 ini.
Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018
Mohd Suhaimin Isnen
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018
Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Pelaksanaan SKPMg2 Tahun 2018 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: