Himpunan Terbaik Templat Peta Pemikiran (i-Think)
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Himpunan Terbaik Templat Peta Pemikiran (i-Think). Peta Pemikiran atau Peta i-Think merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Peta Pemikiran (i-Think) amat digalakkan untuk diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Umum sedia maklum, Peta Pemikiran ini mempunyai 8 jenis iaitu :
- Peta Bulatan
- Peta Buih
- Peta Buih Berganda
- Peta Pokok
- Peta Dakap
- Peta Alir
- Peta Pelbagai Alir
- Peta Titi
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map iaitu Peta Bulatan digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi.
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun Himpunan Terbaik Templat Peta Pemikiran (i-Think) ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.
Dapatkan “Himpunan Terbaik Templat Peta Pemikiran (i-Think)” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘docx’ dan dihimpunkan dalam satu compressed folder berformatkan ZIP.
Download : Himpunan Terbaik Templat Peta Pemikiran (i-Think)
Oleh itu, guru perlulah bijak dan kreatif dalam mengaplikasikan 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) ini mengikut kesesuaian dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) agar mampu menjadikan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) selaras dengan keperluan pendidikan semasa.
Himpunan Terbaik Templat Peta Pemikiran (i-Think)
Mohd Suhaimin Isnen
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Himpunan Terbaik Templat Peta Pemikiran (i-Think)
Himpunan Terbaik Templat Peta Pemikiran (i-Think) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Himpunan Terbaik Templat Peta Pemikiran (i-Think) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: