Top Ad unit 728 × 90

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah.

Menurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan adalah keupayaan sistem badan bekerja dengan efisien bagi membolehkan seseorang itu sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian. Komponen Kecergasan berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan. Tahap kecergasan berdasarkan kesihatan yang tinggi memberi faedah kepada seseorang itu memiliki kesihatan yang baik, bertenaga, dan mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dengan berkesan.

Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1986 hingga kini menunjukkan kadar peningkatan peratus rakyat Malaysia mengidap penyakit kronik, penyakit tidak berjangkit, dan obesiti adalah amat membimbangkan. Masyarakat Malaysia perlu mengubah cara hidup sedentari kepada cara hidup aktif dan sihat dengan memberi fokus kepada meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal yang optimum boleh membantu seseorang itu melaksanakan aktiviti harian dengan aktif tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang di sekolah perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur dan norma yang ditetapkan.

Pada tahun 2008 SEGAK mula dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun. SEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.

SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos serta diharap dapat memotivasikan murid untuk mengamalkan cara hidup aktif dan sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui SEGAK murid dilatih supaya lebih bertanggungjawab dalam membina masyarakat yang sihat, cergas, bersatu padu, dan harmoni ke arah mencapai kesejahteraan negara.

MATLAMAT SEGAK

Murid sentiasa peka, berpengetahuan, dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

OBJEKTIF SEGAK

Murid dapat:

  1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri.
  2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri.
  3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri.
  4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
  5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap
  6. kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

PELAKSANAAN SEGAK

  1. Semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun WAJIB menjalani Ujian Kecergasan Fizikal yang dicadangkan dalam panduan ini.
  2. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut jantina, keupayaan murid, dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.
  3. Umur murid dikira pada 31 Disember tahun semasa untuk rujukan norma.
  4. Ujian SEGAK bagi setiap murid mesti dilengkapkan pada HARI YANG SAMA. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani bergantung kepada bilangan murid dan peralatan.
  5. Murid digalakkan membuat latihan ujian SEGAK secara individu, bersama-sama rakan atau keluarga mereka.
  6. Bateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam SEGAK adalah seperti berikut
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI
  • Naik Turun Bangku 3 minit
  • Tekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi Ubah Suai untuk murid perempuan
  • Ringkuk Tubi Separa
  • Jangkauan Melunjur.
  1. Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) perlu dibuat SEBELUM melakukan ujian-ujian lain.
  2. Ujian SEGAK mesti dilaksanakan mengikut TURUTAN SECARA BERTERUSAN oleh murid yang sama seperti turutan dalam Ilustrasi 1.
  3. SEGAK perlu dilaksanakan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.
  4. Bagi murid yang tidak sihat, ujian SEGAK boleh dilakukan pada hari lain dalam bulan yang sama.
  5. Bagi murid berkeperluan khas TIDAK perlu menjalani ujian SEGAK kerana ujian ini adalah khusus untuk murid-murid normal.

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN UJIAN SEGAK

  1. Guru memberi taklimat ujian SEGAK kepada murid
  2. Guru atau murid mengukur dan mencatat tinggi dan berat untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan – rujuk Gambar A dalam Ilustrasi 1.
  3. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan regangan dinamik selepas melakukan Ukuran Indeks Jisim Badan.
  4. Murid melaksanakan ujian SEGAK mengikut turutan dan mencatat skor – rujuk Gambar B hingga Gambar E dalam Ilustrasi 1.
  5. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan regangan statik selepas tamat ujian Jangkauan Melunjur.
  6. Guru membimbing murid merujuk norma setiap item ujian SEGAK untuk mendapatkan skor setiap ujian dan gred.
  7. Guru melengkapkan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).
  8. Guru dan murid merancang serta melaksanakan aktiviti intervensi berdasarkan keputusan ujian SEGAK.
  9. Guru merekodkan dapatan dalam Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
  10. Guru menyerahkan laporan SEGAK kepada murid dan penjaga.
  11. Guru menganalisis dapatan SEGAK.

Dapatkan “PANDUAN
STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN
UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA
(SEGAK)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PANDUAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

 

 

 

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah khususnya Panitia Pendidikan Jasmani perlulah melaksanakan beberapa perkara yang penting dalam memastikan pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini berjalan dengan lancar iaitu :

  1. Mewujudkan Jawatankuasa Kecil SEGAK.
  2. Merancang takwim program SEGAK sekolah.
  3. Melantik dan melatih guru sebagai penguji.
  4. Mengurus pentadbiran ujian seperti tempat, alatan, dan borang SEGAK.
  5. Memastikan aspek keselamatan semasa pelaksanaan ujian SEGAK.
  6. Menyemak laporan pelaksanaan SEGAK sekolah dari Sistem PAJSK.
  7. Menganalisis dapatan SEGAK.
  8. Melaporkan analisis dapatan SEGAK kepada pentadbir sekolah.

Sekian, terima kasih

SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Reviewed by Unknown on 10:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.