Top Ad unit 728 × 90

Sistem eProper

Sistem eProper medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

Sistem eProper. Untuk makluman semua, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah mengeluarkan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2017 mengenai pelaksanaan Sistem ePROPER bagi melaksanakan urusan perkhidmatan secara atas talian (online) bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP iaitu bagi urusan perkhidmatan :

  1. Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT)
  2. Pengesahan dalam Perkhidmatan (PDP)
  3. Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP)
  4. Pemberian Taraf Berpencen (PTB)

Sistem ePROPER merupakan sistem yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Ketua Jabatan di semua peringkat agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dan hasrat SPP ke arah memudahkan urusan perkhidmatan APP, Sistem ePROPER telah dibangunkan bagi memastikan perakuan urusan perkhidmatan dilaksanakan secara dalam talian. Objektif pelaksanaan Sistem ePROPER adalah bagi mempercepat perakuan urusan perkhidmatan APP dan meletakkan kepercayaan kepada Ketua Jabatan yang telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai di bawah seliaannya.

Sistem ePROPER ini boleh dicapai melalui URL http://ift.tt/2FIV2lo

 

Berikut merupakan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 1 Tahun 2017 – Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis) :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia Sistem ePROPER, SPP seperti berikut:
Pasukan Petugas Khas 
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Aras 2, Blok B3, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 WP PUTRAJAYA
Ibu Pejabat Putrajaya
No. Tel. : 03 – 8871 7429/ 7437/ 7436
No. Faks: 03 – 8871 7492
Urus setia Cawangan Sabah, SPP
No. Tel.: 088 – 488 521 / 522 / 523 / 524
No. Faks: 088 – 487 257
Urus setia Cawangan Sarawak, SPP
No. Tel.: 082 – 537 000/ 002/ 003
No. Faks: 082 537 027
E-mel
eproper@spp.gov.my

Dapatkan “Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 1 Tahun 2017 – Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis) ” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 1 Tahun 2017 – Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis)

 

 

Bagi merujuk manual sistem, pegawai yang bertanggungjawab boleh memuat turun Manual Pengguna Sistem ePROPER (Projek Rintis) di capaian URL yang sama.

Sistem ePROPER ini hanya melibatkan urusan perkhidmatan pegawai yang penempatannya di kedua-dua agensi sahaja. Manakala agensi yang bukan bertaraf PTJ, perakuan urusan perkhidmatan sama ada PPT, PDP, PTP dan PTB hendaklah dilaksanakan secara manual.

Dengan pelaksanaan sistem ini, dokumen perakuan asal tidak perlu dikemukakan kepada SPP. Waiau bagaimanapun, dokumen tersebut perlu disimpan dengan teratur dalam fail peribadi pegawai.

Pekeliling ini terpakai untuk semua APP yang dilantik oleh SPP pada 1 Januari 2014 ke atas dan dilaksanakan oleh agensi berstatus PTJ.

PEKELILING INI BERKUAT KUASA MULAI 1 JUN 2017. Sehubungan dengan itu, dengan berkuat kuasanya pekeliling ini, maka Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Tahun 2016 (Projek Rintis) adalah DIBATALKAN.

Kesimpulannya, Sistem eProper ini dibangunkan bagi melaksanakan urusan perkhidmatan secara atas talian (online) bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP iaitu bagi urusan perkhidmatan yang telah dinyatakan.

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Sistem eProper
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Sistem eProper

Sistem eProper merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Sistem eProper atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Sistem eProper Reviewed by Unknown on 6:55 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.