Top Ad unit 728 × 90

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan salah satu bantuan pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada murid sekolah rendah.

Umum sedia maklum, RMT telah dikelola, diselia dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 1979. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. Usaha ini juga adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka di sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

KRITERIA PEMILIHAN

Penerima bantuan RMT adalah murid-murid sekolah rendah warganegara Malaysia yang berikut:

  1. Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional (kategori miskin tegar).
  2. Murid yang berada di Sekolah Orang Asli/Penan (kecuali murid yang tinggal di asrama) dan Murid Berkeperluan Khas (OKU); dan
  3. Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT.

KADAR DAN PERUNTUKAN

Tempoh pelaksanaan RMT adalah tidak melebihi 190 hari persekolahan dengan peruntukan sebanyak RM2.50 bagi seorang murid sehari di Semenanjung Malaysia dan RM3.00 bagi seorang murid sehari di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (bermula tahun 2015). Program RMT akan bermula pada hari pertama persekolahan bagi murid tahun 2 hingga tahun 6. Bagi murid Tahun 1 dan murid cicir, RMT akan diberikan bermula hari pertama persekolahan bagi bulan Februari tahun semasa.

STRATEGI PELAKSANAAN

Bermula pada tahun 2016, dua bahagian KPM terlibat secara langsung dalam pelaksanaan RMT di sekolah iaitu Bahagian Kewangan yang menjalankan fungsi sebagai pengawal peruntukan dan perbelanjaan manakala Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang melaksanakan fungsi sebagai pengurus pengoperasian program di peringkat JPN, PPD/PPW dan sekolah.

Jawatankuasa Bantuan Murid ditubuhkan di peringkat KPM bagi merancang, melaksana, memantau dan menambahbaik pelaksanaan program ini dari semasa ke semasa. Di peringkat JPN dan PPD/PPW, seorang pegawai dilantik sebagai penyelia kebajikan bagi membantu pengoperasian dan sebagai penghubung antara pihak KPM dengan sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program RMT. Di peringkat sekolah pula, Jawatankuasa Bantuan Murid dipengerusikan oleh Guru Besar dan pelaksanaan RMT diuruskan oleh guru yang dilantik sebagai Guru Penyelaras RMT.

Buku Panduan Pengurusan RMT telah diwujudkan untuk diedarkan kepada semua sekolah yang terlibat dan mula berkuatkuasa pada tahun 2017. Buku Panduan ini mengandungi Standard Prosedur Pengoperasian (SOP) yang meliputi keseluruhan proses yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2/2016.

Pemantauan pengurusan dan pelaksanaan program RMT dilaksanakan di semua peringkat pelaksana. Pemantauan adalah bertujuan mengenalpasti proses-proses yang boleh ditambahbaik secara berterusan. Penekanan diberi kepada pengurusan kewangan program, proses penilaian permohonan (data) dan keakuran pembekal makanan terhadap dokumen perjanjian.

Kajian juga dilaksanakan terhadap program RMT ini bagi melihat keberhasilan program dan melihat nilai terhadap wang yang dibelanjakan. Selain itu kajian-kajian juga perlu dilaksanakan bagi memastikan menu yang ditetapkan dan kadar yang diberikan sentiasa relevan dengan perubahan semasa.

Dapatkan “Dokumen yang Berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Buku Panduan Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

 

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlulah melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini dengan merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdasarkan Standard Prosedur Pengoperasian (SOP) yang telah dinyatakan.

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Rancangan Makanan Tambahan (RMT) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Reviewed by Unknown on 10:13 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.