Top Ad unit 728 × 90

Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas

Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online (SGO) mengongsikan informasi berkaitan Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) sebagai panduan anda khususnya kepada guru-guru yang terlibat dalam program ini.

Umum sedia maklum, Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah satu wahana bagi menyediakan akses dan peluang pendidikan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK). Pada peringkat permulaan, PPI ini dilaksanakan mengikut acuan sendiri di sekolah-sekolah tertentu sahaja yang melibatkan murid kurang upaya fizikal dan murid bermasalah penglihatan.

Walau bagaimanapun, pada masa kini, PPI ini diperluas kepada semua kategori MBK yang mampu mengikuti kurikulum kebangsaan. Pelaksanaan PPI mengambil kira dasar dalam dan luar negara, konsep PPI, definisi operasi yang digunakan, matlamat, objektif dan pelaksanaan PPI secara menyeluruh.

Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini bermatlamatkan meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimumkan jika diberi peluang yang sama.

Manakala, objektif Program Pendidikan Inklusif ini adalah seperti berikut :

  1. Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan.
  2. Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum
  3. Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka.
  4. Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.

Sehubungan dengan itu, Sistem Guru Online telah menyediakan Buku Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dimuat turun.

Dapatkan “Buku Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Buku Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK)

 

 

Garis Panduan Pogram Pendidikan Inklusif MBK ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan PPI di sekolah. Semua pihak perlu sedar bahawa kewujudan PPI adalah satu peluang pendidikan yang disediakan bagi MBK belajar dalam kelas arus perdana dan menjalankan aktiviti bersama-sama murid di arus perdana. Keikhlasan, dedikasi dan komitmen semua pihak adalah penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan PPI.

Semoga perkongsian berkaitan Garis Panduan Pogram Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas ini dapat membantu anda dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif ini dengan lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas

Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas Reviewed by Unknown on 10:33 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.