Top Ad unit 728 × 90

Senarai Semak Fail Kokurikulum (guru penasihat)

Senarai Semak Fail Kokurikulum (guru penasihat) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Senarai Semak Fail Kokurikulum (guru penasihat)

Dalam Pendidikan Malaysia, salah satu komponen penting di sekolah untuk membangunkan diri murid secara menyeluruh adalah melalu kokurikulum.

Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan diluar bilik darjah. Menurut Abd.Alim (1995), aktiviti kokurikulum merupakan kesinambungan dan pengukuhan kepada program atau aktiviti pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum.

Kegiatan kokurikulum sesungguhnya penting untuk membantu melengkapi dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah, di samping itu ianya dapat menunjukkan perubahan tingkah laku dan banyak mempengaruhi sahsiah murid. Justeru itu, Kementerian Pelajaran telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum dan setiap pelajar pula ditegaskan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah diprogramkan.

Kementerian Pelajaran (1989), menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah seperti bidang badan beruniform, bidang persatuan dan kelab dan bidang sukan dan permainan.

Untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan, pengurus harus menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan aktiviti kokurikulum serta memperoleh sikap positif antaranya ialah memperoleh pengetahuan tentang tatacara pengurusan organisasi kokurikulum, memperoleh pengetahuan tentang perlembagaan atau peraturan atau undang-undang terhadap aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan, menguasai kemahiran merancang, menyelaras, melaksana, dan pelbagai kemahiran lagi.

Sebagai seorang guru pula, dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum, guru juga perlu menyediakan fail penasihat yang lengkap bagi seperti mana yang dikehendaki oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini.

Senarai semak bahan lengkap pengurusan fail kokurikulum ini boleh diperolehi di sini.

SENARAI SEMAK FAIL KOKURIKULUM 2018

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Senarai Semak Fail Kokurikulum (guru penasihat) appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Senarai Semak Fail Kokurikulum (guru penasihat)

Senarai Semak Fail Kokurikulum (guru penasihat) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Senarai Semak Fail Kokurikulum (guru penasihat) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Senarai Semak Fail Kokurikulum (guru penasihat) Reviewed by Unknown on 10:02 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.