Top Ad unit 728 × 90

Tips A Pendidikan Islam SPM

Tips A Pendidikan Islam SPM medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Tips A Pendidikan Islam SPM

SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.

Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.

Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.

Antara contoh tips A boleh lihat pada contoh ini yang dikongsi oleh Ustaz Yusri bin Yusoff.

Jawab dalam bentuk perenggan, Bukan dalam bentuk poin, anggaran 4 hingga 5 baris jika tulisan besar. Dalam SPM, semua soalan jawab dalam bentuk poin, kecuali: KBAT Maksud/Definisi istilah Perbezaan (Jadual)

Berdasarkan keratan akhbar di atas, ramalkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya amalan negatif tersebut terus berlaku dalam negara kita.

Pembaziran makanan dalam kalangan rakyat Malaysia memberi gambaran yang negatif terhadap sikap dan kepatuhan diri kepada tuntutan agama. Seandainya sikap ini terus dilakukan tanpa kesedaran kemungkinan negara akan berhadapan dengan masalah pencemaran alam sekitar kerana pihak berwajib akan mengalami kesukaran untuk mengurus sisa makanan dengan jumlah yang lebih banyak dari kebiasaan.

Seterusnya dengan kesan pencemaran tersebut pelbagai jenis penyakit pula akan timbul dan boleh menjejaskan kesihatan masyarakat setempat. Justeru, sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersederhana dalam pengambilan makanan setiap hari tanpa mengikut selera dan nafsu semata-mata sebaliknya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya kepada diri agama, bangsa dan negara.

Berikut merupakan tips A pendidikan islam.

tips A pendidikan islam

Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Tips A Pendidikan Islam SPM appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Tips A Pendidikan Islam SPM

Tips A Pendidikan Islam SPM merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Tips A Pendidikan Islam SPM atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Tips A Pendidikan Islam SPM Reviewed by Unknown on 1:42 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.