Top Ad unit 728 × 90

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey

Melbille Luis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengkelasan buku bahawasanya sistem pengkelasan ini telah digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor pengkelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam tempat-tempat tertentu agar kita tidak keliru dengan semua jenis-jenis buku yang wujud di muka bumi ini.

Sistem ini merangkumi semua bidang pengetahuan dan dapat memberi ruang kepada perkara-perkara yang baru dari semasa ke samasa. Di bawah merupakan contoh pengkelasan dewey mengikut kategori buku.

Tujuan Pengkelasan ini adalah untuk memudahkan orang yang bertugas di perpustakaan atau orang yang mencari buku untuk mengesan dan mencapai buku yang terdapat di perpustakaan dengan mudah dan cepat. Di bawah ini merupakan sistem pengkelasan perpuluhan dewey ringkasan pertama.

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama

000                  KARYA AM

100                  FALSAFAH

200                  AGAMA

300                 SAINS KEMASYARAKATAN

400                  BAHASA

500                  SAINS TULEN

600                  TEKNOLOGI

700                  KESENIAN

800                  KESUSASTERAAN

900           GEOGRAFI dan SEJARAH

Buku-buku Rujukan biasanya dikelaskankan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengelasannya.

Nombor pengelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah 899.23. Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan boleh menggantikan nombor ‘899.23’ kepada ‘F’.

Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahan-bahan seperti keset video, keset audio, cakra padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya.

Bagi mereka yang baru menjadi guru perpustakaan, bolehlah untuk merujuk sistem pengkelasan perpuluhan dewey ini untuk menyemak semua buku buku yang terdapat di perpustakaan sama ada betul atau tidak. Bagi mendapatkan lebih kefahaman, boleh rujuk di sini.

sistem pengkelasan dewey

Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Reviewed by Unknown on 8:42 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.