Sultan Kedah Mangkat 11 September 2017 Pada Usia 90 Tahun
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Innalillahiwainnailaihirajiun. Berita mengenai Sultan Kedah mangkat telah diwar-warkan. Kami mengucapkan salam takziah diatas kemangkatan DYMM Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebentar tadi pada jam 2.30 petang
Tuanku Sultan dilahirkan pada 28 November 1927 dan mangkat pada usia 90 tahun.
Seluruh rakyat Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya telah kehilangan seorang Sultan yang berjiwa rakyat sepanjang Negeri Kedah dan Malaysia dibawah pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim.
Berita Sultan Kedah Mangkat
ALOR SETAR 11 Sept. – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.-UTUSAN ONLINE
Sejarah & Serba Sedikit Mengenai Sulta Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Sultan Abdul Halim ialah anakanda ketiga Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.
Baginda memulakan zaman persekolahan rendah di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
Memetik laporan media sebelum ini, sebagai putera raja yang sangat berhemah tinggi, Sultan Abdul Halim terkenal dengan penuturan yang lemah lembut dan bersopan santun.
Baginda adalah pemerintah yang dididik daripada kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang tinggi berasaskan agama dan keduniaan.
Baginda amat mencintai alam semula jadi dan sentiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.
Sultan Abdul Halim turut berminat memelihara haiwan seperti burung, kuda dan rusa di Istana Anak Bukit. Baginda juga mempunyai minat mendalam terhadap sukan golf, tenis dan biliard.
Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).
Sultan Abdul Halim juga dikenali sebagai pemerintah berjiwa rakyat dan berusaha tanpa mengenal penat lelah dalam menjaga kebajikan rakyat.
Sifat keprihatinan baginda terserlah ketika negeri Kedah dilanda banjir terburuk pada Disember 2005. kebimbangan baginda terhadap rakyat juga terbukti sekali lagi apabila negeri jelapang padi itu dilanda banjir pada November 2010 dan baginda turun padang untuk bertemu dengan rakyat di pusat-pusat pemindahan.
Baginda menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM100,000 dan menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan fahaman dan berusaha bersama-sama untuk membantu rakyat membina semula kehidupan, lapor media.
Sultan Kedah Mangkat 11 September 2017 Pada Usia 90 Tahun
Encik Mohd Aried Rifke
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Sultan Kedah Mangkat 11 September 2017 Pada Usia 90 Tahun
Sultan Kedah Mangkat 11 September 2017 Pada Usia 90 Tahun merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Sultan Kedah Mangkat 11 September 2017 Pada Usia 90 Tahun atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: