Top Ad unit 728 × 90

Koleksi Karangan Ramalan UPSR

Koleksi Karangan Ramalan UPSR medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi Karangan Ramalan UPSR

Soalan soalan ramalan juga popular menjelang UPSR tanpa mengira mata pelajaran atau subjek tersebut. Pada tahun 2016, juga terdapat soalan ramalan karangan UPSR. Berikut merupakan contoh soalan ramalan UPSR.

Banyak cara yang dapat dilakukan untuk berjimat cermat. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara untuk berjimat cermat.

Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Setiap orang perlu berjimat cermat. Banyak cara yang dapat dilakukan untuk membudayakan amalan berjimat cermat.

Antara langkah yang dapat dilakukan termasuklah menjimatkan penggunaan air dan elektrik. Hal ini perlu dilakukan untuk mengelakkan bil utiliti yang tinggi. Kita dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Selain itu, kita dapat menjimatkan wang melalui amalan membawa bekal makanan ke sekolah atau ke tempat kerja. Sudah pasti tindakan ini dapat menjimatkan wang saku kita. Selain dapat berjimat, kita juga dapat menikmati makanan yang lebih berkhasiat dan bersih.

Kita disarankan agar tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Kita hendaklah membeli sesuatu yang penting sahaja. Hal ini perlu dilakukan untuk mengelakkan pembaziran.

Janganlah kita membazirkan makanan. Kita perlu memilih makanan yang berkhasiat sahaja. Elakkan pembelian makanan segera yang tidak berkhasiat itu. Makanan segera dapat menjejaskan kesihatan kita di samping menggalakkan pembaziran.

Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan amalan berjimat cermat sepanjang masa. Hal ini merupakan tuntutan agama. Banyak manfaat yang akan diperoleh.

Berikut merupakan karangan ramalan berkenaan tajuk menabung.

Amalan menabung mendatangkan manfaat dan faedah yang besar kepada setiap orang. Tulis sebuah karangan tentang kepentingan amalan menabung.

Amalan menabung merupakan amalan yang mulia. Banyak faedah dan kepentingan yang akan diperoleh melalui amalan ini.

Amalan menabung akan dapat menyemai budaya berjimat cermat. Kita akan dapat mengelakkan pembaziran dan dapat mengurangkan perbelanjaan harian dan bulanan sekiranya amalan ini dipraktikkan secara konsisten.

Selain itu, amalan menabung akan dapat meringankan bebanan ibu bapa. Kita dapat menyimpan wang saku di dalam tabung. Sekiranya kita membawa bekal makanan ke sekolah, sudah pasti matlamat kita untuk menabung akan tercapai dengan lebih mudah.

Melalui amalan menabung, kita akan dapat menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Wang yang disimpan dapat digunakan pada masa hadapan. Wang tersebut turut dapat digunakan ketika kita berhadapan dengan waktu kecemasan.

Di samping itu, kita akan mendapat keuntungan daripada simpanan yang kita lakukan. Sebagai contoh, wang yang kita simpan di bank akan diberikan dividen dan bonus dan sudah pasti amalan ini memberikan keuntungan yang lebih banyak. Apatah lagi, wang yang kita simpan itu terjamin dari segi keselamatannya.

Kesimpulannya, semua orang perlu mengamalkan tabiat menabung. Kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit dan sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Berikut merupakan koleksi karangan ramalan UPSR. Boleh menjadi rujukan kepada guru.

Koleksi Karangan Ramalan UPSR 2016

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Koleksi Karangan Ramalan UPSR appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi Karangan Ramalan UPSR

Koleksi Karangan Ramalan UPSR merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi Karangan Ramalan UPSR atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi Karangan Ramalan UPSR Reviewed by Unknown on 6:07 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.