Top Ad unit 728 × 90

Koleksi Bank Soalan Sekolah Rendah dan Menengah

Koleksi Bank Soalan Sekolah Rendah dan Menengah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi Bank Soalan Sekolah Rendah dan Menengah
Antara cabaran menjadi seorang guru adalah untuk menyediakan soalan dan kertas peperiksaan untuk digunakan bagi menguji murid sejauh mana penguasaan mereka dan pencapaian mereka terhadap sesuatu ilmu dan pembelajaran.


Ujian berbeza dengan pentaksiran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, peperiksaan membawa maksud ujian untuk menentukan kebolehan dan kepandaian seseorang. Pentaksiran pula merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan

Bayangkan kalau di sekolah rendah sahaja, para guru perlu menyediakan sekurangnya 2 hingga 4 kertas soalan peperiksaan setiap tahun bagi satu satu mata pelajaran. Bayangkan guru tersebut mengajar 10 mata pelajaran yang berbeza, hampir 40 kertas peperiksaan perlu disediakan sepanjang tahun. Ini belum dikira lagi mata pelajaran yang mempunyai kertas 1 dan kertas 2.
Bagi sekolah menengah pula, kebanyakan sekolah mempunyai panel penggubal sendiri. Contohnya sekolah mrsm dan sbp. Ini bertujuan untuk menyelaraskan soalan yang sama untuk digunakan di seluruh sekolah bawah mrsm dan sbp.
Sepanjang lebih 4 tahun mengumpul soalan dari pelbagai sumber dan sumbangan rakan guru, soalan soalan telah dikumpulkan termasuk soalan sekolah rendah dan sekolah menengah.
Usaha mengumpul soalan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memudahkan urusan para guru, ibubapa dan pelajar serta murid bagi membuat rujukan dan ulangkaji.

Berikut merupakan koleksi soalan sekolah rendah sepanjang tahun.

Berikut pula merupakan koleksi bank soalan sekolah menengah.

Semoga bermanfaat. Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi Bank Soalan Sekolah Rendah dan Menengah

Koleksi Bank Soalan Sekolah Rendah dan Menengah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.

Link Koleksi Bank Soalan Sekolah Rendah dan Menengah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi Bank Soalan Sekolah Rendah dan Menengah Reviewed by Unknown on 11:29 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.