Top Ad unit 728 × 90

Bahan Kerja Rumah Cuti Terancang UPSR 2017

Bahan Kerja Rumah Cuti Terancang UPSR 2017 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Bahan Kerja Rumah Cuti Terancang UPSR 2017

Cuti 2 minggu semakin hampir. Namun, bagi sesetengah guru dan murid yang menghadapi UPSR, cuti 2 minggu tersebut pastinya akan menjadi ruang dan waktu untuk melalui proses penambahbaikan dalam akademik sama ada melalui kelas tambahan, tuisyen dari pusat tuisyen, ulangkaji sendiri, membaca buku di perpustakaan dan pelbagai perkara bermanfaat lagi.

Kebiasaannya, di sekolah, satu minggu cuti akan digunakan untuk membuat kelas tambahan kepada murid dan satu minggu lagi akan digunakan sebagai ruang untuk murid dan guru berehat sebelum menyambung kembali tugasan selepas cuti.

Namun begitu, terdapat juga pihak sekolah yang mengadakan kelas tambahan sepanjang 2 minggu cuti tersebut. Kebiasaannya, bagi sekolah sebegini, rata-rata cikgunya tinggal berhampiran dengan sekolah dan tidak pulang ke kampung halaman semasa cuti.

Apa yang perlu diingatkan kepada para pentadbir sekolah adalah berbincang dahulu dengan guru mata pelajaran tahun 6 berkenaan dengan aktiviti kelas tambahan semasa cuti. Utamakan kebajikan guru seperti yang mahu pulang ke kampung halaman menjenguk orang tua ataupun yang mempunyai hal peribadi yang lain.

Maklumlah juga yang waktu cuti sekolah adalah waktu untuk berehat dan bercuti bersama keluarga dan juga waktu menghadiri pelbagai majlis kahwin dan seumpamanya.

Ada juga pihak sekolah yang tidak mengadakan kelas tambahan semasa cuti atas beberapa faktor akan menyediakan fail dan bahan yang boleh digunakan sebagai kerja rumah cuti terancang kepada murid-muirid.

Antara bahan yang boleh digunakan sebagai kerja rumah cuti terancang untuk murid-murid adalah seperti…..

Bagi yang belum menguji murid dengan set sebenar soalan UPSR 2016 format baru, boleh berikan kepada murid…

Kertas UPSR 2016 Semua mata pelajaran SK

Seterusnya, guru boleh membekalkan murid dengan pelbagai set soalan sepanjang tahun. Berikut adalah koleksi soalan sepanjang tahun.

Himpunan Bank Soalan Sekolah Rendah Sepanjang Tahun

Bagi yang hampir selesai mengajar murid mengikut kandungan DSKP, boleh diberikan kepada murid soalan-soalan percubaan UPSR 2016 yang dikumpul dari seluruh negeri di Malaysia.

Himpunan Bank Soalan Percubaan UPSR 2016 dari pelbagai negeri di Malaysia

Soalan-soalan dari Terengganu pastinya menjadi tumpuan dan soalan wajib diberi kepada murid sebelum peperiksaan berlangsung. Bahan Kecemerlangan ini atau BK telah dikumpulkan mengikut mata pelajaran dan terdapat 1 hingga 12 BK setiap mata pelajaran.

Bahan Kecemerlangan UPSR ( Negeri Terengganu)

Modul latihan, nota dan panduan juga boleh diberikan kepada murid sebagai persediaan menghadapi ujian. Pastinya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Modul Latihan Bahasa Melayu UPSR

Modul Bahasa Inggeris UPSR

Modul bantu lulus sains UPSR

Modul Cemerlang Matematik UPSR Perak

Nota lengkap tatabahasa upsr

Nota Istilah Sains UPSR

Panduan Penulisan Bahasa Inggeris Penulisan UPSR

Nota UPSR Padat Terkini

Teknik menjawab ulasan bm penulisan

Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama rakan guru dan murid murid.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Bahan Kerja Rumah Cuti Terancang UPSR 2017 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Bahan Kerja Rumah Cuti Terancang UPSR 2017

Bahan Kerja Rumah Cuti Terancang UPSR 2017 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Bahan Kerja Rumah Cuti Terancang UPSR 2017 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Bahan Kerja Rumah Cuti Terancang UPSR 2017 Reviewed by Unknown on 6:14 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.