Top Ad unit 728 × 90

Sakit kronik tidak halang guru terima ijazah

Sakit kronik tidak halang guru terima ijazah Unit Sekolah Rendah. Medium Perkongsian Bestari Dunia Pendidikan. Muat Turun atau Baca sepenuhnya di Sakit kronik tidak halang guru terima ijazah
Sakit kronik tidak halang guru terima ijazah


KUBANG PASU 25 Okt. – Penderitaan akibat menghidap penyakit kronik berkaitan saluran darah tidak menjadi penghalang kepada seorang guru, Siti Intan Baizura Musa, 32, menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sesuatu mengagumkan, di sebalik kesakitan yang terpaksa ditanggungnya, guru Sekolah Kebangsaan Binjai Kertas, Hulu Terengganu, Terengganu itu berjaya menamatkan pengajian dan menerima ijazahnya hari ini.

Menurut anak kelahiran Manir, Kuala Terengganu itu, dia amat cintakan ilmu dan bertekad untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun terpaksa belajar dalam kesakitan.

“Penyakit ini membuatkan ke­dua-dua belah kaki akan berasa sakit seperti terkena arus elektrik dan berdenyut-denyut hampir setiap masa, namun saya terpaksa menahannya untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

“Biarpun terpaksa belajar da­lam keadaan sakit, saya terimanya sebagai ujian Allah yang perlu saya lalui untuk memperoleh kejayaan seperti hari ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima ijazah dalam Sarjana Pendidikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) Ke-28 di Dewan Mu’adzam Shah, UUM, di sini hari ini.

Siti Intan Baizura yang disahkan menghidap penyakit Arteriovenous Malformation (AVM) sejak empat tahun lalu itu ditemani ibu bapanya iaitu Musa Ahmad, 54, pemandu bas dan Robiah Saad, 51, suri rumah.

Kata anak sulung daripada sembilan beradik itu, dia juga terpaksa menangguhkan pembedahan kali ketiga yang sepatutnya dijalankan pada tahun 2014 kerana mahu menyiapkan tesis.

“Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tesis dan menghantarnya kepada pensyarah pada 17 Ogos lalu dan menjalani pembedahan dua hari selepas itu,” ujarnya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.9.

Ujar Siti Intan Baizura, keadaannya semakin buruk selepas pembedahan kali ketiga itu apabila dia kini tidak boleh berjalan dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

“Saya terima ujian Allah ini dan saya mahu kecekalan saya ini menjadi pendorong kepada mereka yang juga mempunyai penyakit kronik untuk menyambung pengajian kerana tiada yang mustahil dalam hidup,” tambahnya lagi. 


Perkongsian Sakit kronik tidak halang guru terima ijazah diterbitkan oleh Unit Sekolah Rendah dan diulangsiar di Sokesto Bestari
Sakit kronik tidak halang guru terima ijazah Reviewed by Unknown on 2:18 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.