Jaga kesihatan, elak berada di luar
Jaga kesihatan, elak berada di luar Unit Sekolah Rendah. Medium Perkongsian Bestari Dunia Pendidikan. Muat Turun atau Baca sepenuhnya di Jaga kesihatan, elak berada di luar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan dan mengurangkan aktiviti luar ekoran jerebu.
"Saya di sekitar KLCC pagi tadi. Nampak keadaan jerebu meningkat, harap semua jaga kesihatan dan elak berada di luar," katanya dalam akaun Twitter dan Facebook beliau.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 114 pada pukul 5 petang tadi berbanding 92 pada tengah hari.
Secara keseluruhan, jumlah kawasan mencatat pertambahan bacaan IPU tidak sihat pada petang ini meningkat kepada 14 kawasan berbanding hanya enam tengah hari tadi.
Laman sesawang jabatan itu turut merekodkan bacaan IPU tertinggi di Samarahan (184), Sri Aman (177) di Sarawak dan Nilai (135) di Negeri Sembilan. - Bernama
Perkongsian Jaga kesihatan, elak berada di luar diterbitkan oleh Unit Sekolah Rendah dan diulangsiar di Sokesto Bestari
Jaga kesihatan, elak berada di luar
Reviewed by Unknown
on
10:11 PM
Rating:

No comments: