Top Ad unit 728 × 90

Saham KL tinggi pada awal dagangan

Saham KL tinggi pada awal dagangan - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Saham KL tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi mengalami penurunan selepas itu dengan keuntungan dihadkan oleh prestasi lemah kebanyakan saham wajaran tinggi, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 3.59 mata lebih rendah pada 1,739.82, selepas dibuka 0.07 mata lebih baik pada 1,743.48.

Kenanga Research menjangka FBMKLCI akan merosot ke tahap terendah Januari pada 1710/1700 pada hari-hari mendatang.

"Indeks petunjuk pasaran terus mengalami kerugian semalam akibat kejatuhan kaunter Telco susulan kebimbangan mengenai isu GST kad tambah nilai prabayar. Walaupun beberapa sokongan belian muncul semalam, paras sokongan utama telah dilanggar," menurutnya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Saham untung mengatasi saham rugi 150 berbanding 103 dengan 166 kaunter tidak berubah, 1,392 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 91.22 juta saham bernilai RM48.46 juta.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank, TNB Public Bank dan Axiata masing-masing tidak berubah pada RM9.11, RM13.40, RM18.54 dan RM6.33.

Kaunter aktif, Frontken, Hubline dan Metronic Global masing-masing naik setengah sen kepada 28 sen, 2.0 sen dan 9.0 sen manakala APFT tidak berubah pada 18.5 sen.

Pada papan mata, Indeks FBM Emas turun 14.28 mata kepada 12,068.74 dan Indeks FBMT100 turun 16,84 mata kepada 11,751.31. Tetapi FBM 70 meningkat 9.16 mata kepada 13,314.72.

Indeks FBM Emas Syariah turun 14,84 mata kepada 12,540.18 mata tetapi FBM Ace meningkat 27,70 mata kepada 6,568.12 mata.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 3.12 mata kepada 7,299.32 mata tetapi Indeks Kewangan turun 27,70 mata kepada 15,569.66 mata dan Indeks Perusahaan adalah 6.58 mata lebih rendah pada 3,173.32.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di Saham KL tinggi pada awal dagangan. Wardah Berita dan Informasi Saham KL tinggi pada awal dagangan diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Saham KL tinggi pada awal dagangan Reviewed by Bellicose on 10:19 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.