Top Ad unit 728 × 90

ATM gagalkan cubaan seludup produk kecantikan di Rantau Panjang

ATM gagalkan cubaan seludup produk kecantikan di Rantau Panjang - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

ATM gagalkan cubaan seludup produk kecantikan di Rantau Panjang

PASIR MAS: Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menemui 1,500 botol produk kecantikan bernilai kira-kira RM75,000 di pangkalan haram Roda, Rantau Panjang pada Khamis lepas.

Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan, Mejar Zainuddin Che Am, berkata dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, sepasukan anggota yang menjalankan rondaan terserempak dengan seorang lelaki yang berusia lingkungan 20-an sedang membawa beberapa bungkusan yang mencurigakan.

"Anggota kita cuba menahan lelaki itu, tetapi suspek melarikan diri dan meninggalkan bungkusan yang dibawanya.

"Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan itu membawa kepada penemuan 1,500 botol produk kecantikan yang dikenali dengan nama 'V-C Injection' dan produk ini tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pos Jeram Perdah di sini, hari ini.

Beliau berkata, produk berkenaan dipercayai cuba dibawa masuk untuk dijual di pasaran tempatan dengan harga RM50 sebotol.

Selain itu, Zainuddin berkata ATM turut menemui daun ketum seberat 13 kilogram semasa meronda di pangkalan haram itu pada 6 pagi semalam, namun suspek melarikan diri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya sentiasa memantau serta melakukan kawalan yang ketat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelak kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Kita bekerjasama dengan agensi lain dengan membuat rondaan yang lebih kerap di lokasi panas laluan PATI. Kita juga tidak akan berkompromi jika terdapat orang ramai yang bersubahat dengan sindiket ini.

"Harapan saya agar penduduk di kawasan sempadan memberi kerjasama yang baik supaya kita dapat melaksanakan tugas memerangi kemasukan PATI ke dalam negara," katanya.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di ATM gagalkan cubaan seludup produk kecantikan di Rantau Panjang. Wardah Berita dan Informasi ATM gagalkan cubaan seludup produk kecantikan di Rantau Panjang diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
ATM gagalkan cubaan seludup produk kecantikan di Rantau Panjang Reviewed by Bellicose on 5:34 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.