Top Ad unit 728 × 90

Koleksi Soalan KBAT Buku Teks Sains KSSR

Koleksi Soalan KBAT Buku Teks Sains KSSR medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi Soalan KBAT Buku Teks Sains KSSR

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

Dalam mata pelajaran Sains UPSR, soalan KBAT merupakan soalan yang sangat popular dan sering ditanya di dalam peperiksaan. Disebabkan itu lah, dalam pdpc, guru perlu menitikberatkan penyoalan KBAT dan menggalakkan murid berfikir di luar kotak pemikiran terhadap sesuatu perkara. Berikut merupakan contoh soalan KBAT.

Ais yang dikisar untuk dijadikan air batu campur wujud dalam dua keadaan. Apakah keadaan jirim tersebut ? Bagaimanakah caranya para peniaga mengekalkan keadaan ais ketika cuaca panas. EL Nino menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air. Mengapakah keadaan ini berlaku ? Bagaimanakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan bagi menghadapi masalah ini

Bintang tidak berkelip-kelip jika kita melihatnya dari angkasa lepas. Tetapi bintang-bintang akan berkelipan jika kita melihatnya dari bumi. Mengapa?

Berikut merupakan koleksi soalan KBAT Buku Teks Sains UPSR daripada buku teks KSSR. Kongsikan

Koleksi Soalan Sains KBAT UPSR daripada buku teks KSSR

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

 

The post Koleksi Soalan KBAT Buku Teks Sains KSSR appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi Soalan KBAT Buku Teks Sains KSSR

Koleksi Soalan KBAT Buku Teks Sains KSSR merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi Soalan KBAT Buku Teks Sains KSSR atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi Soalan KBAT Buku Teks Sains KSSR Reviewed by Unknown on 2:50 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.