Top Ad unit 728 × 90

Koleksi Buku Teks Tahun 2 KSSR Semakan

Koleksi Buku Teks Tahun 2 KSSR Semakan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi Buku Teks Tahun 2 KSSR Semakan

Buku teks merupakan salah satu sumber belajar dan bahan ajar yang banyak digunakan dalam pembelajaran. Buku teks memang merupakan bahan ajar sekaligus sumber belajar bagi siswa yang konvensional.

Namun meskipun konvensional dan sudah dipergunakan cukup lama dan banyak yang menganggap tradisional, buku teks pelajaran masih cukup mampu memberikan kontribusi yang baik pada pembelajaran. Beberapa materi pembelajaran tidak dapat diajarkan tanpa bantuan buku teks pelajaran..

Menurut Dr. Mohd Puad (2009) dalam kenyataan akhbar beliau, buku teks sekolah disediakan dengan menggunakan pelbagai kaedah pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara bagi membentuk keupayaan individu secara holistik dan berintegrasi.

Gopinathan (1983) pula memberi definisi buku teks sebagai alat yang digunakan secara meluas di bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa kini.

Ryan McFall (2005) dalam kenyataan beliau menjelaskan “A textbook written at a high level assumes a reasonable amount of prior content knowledge, while a low level textbook often seeks to “water down” the concepts so that readers new to the field can understand them”. Kata pengantar merupakan kata pembuka dan arahan yang dapat digunakan guru sebagai alat untuk membuka cakerawala dan wawasannya tentang isi buku teks. (Suparti, Sugiran dan Sulisstiyono, 2010).

Kelebihan buku teks berbanding dengan buku rujukan tambahan, suplemen dan buku kerja ialah penyediaannya dilakukan oleh panel penulis dan penilai yang pakar dalam bidang mata pelajaran masing-masing, serta telah mengambil kira semua kehendak domain pendidikan, iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor.

Isi kandungan dan persembahan buku teks juga disesuaikan dengan aras pencapaian murid, serta peruntukan masa aktiviti bilik darjah. Pendek kata, fungsi buku teks tidak boleh diambil alih oleh buku rujukan, modul atau e-buku teks yang telah diubahsuaikan.

Berdasarkan apa yang telah dihuraikan di atas, dalam pembelajaran di peringkat sekolah, buku teks merupakan bahan sumber rujukan utama kerana ia dibuat berdasarkan kurikulum atau dokumen kurikulum yang telah digubal oleh kementerian pendidikan malaysia.

Buku teks yang dapat dipancarkan menggunakan LCD pastinya dapat membantu guru melaksanakan pdpc dengan lebih berkesan. Murid yang tertinggal buku teks boleh turut serta dalam pdpc dengan melihat kepada skrin putih di hadapan kelas.

Berikut merupakan koleksi buku teks tahun 2 kssr semakan 2017 pelbagai mata pelajaran. Bagi mata pelajaran yang belum ada akan disediakan nanti.

Buku teks Pendidikan Kesenian Tahun 2

Buku teks Pendidikan Jasmani Kesihatan Tahun 2

Buku teks Pendidikan Islam Tahun 2

Buku teks sains tahun 2

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Koleksi Buku Teks Tahun 2 KSSR Semakan appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi Buku Teks Tahun 2 KSSR Semakan

Koleksi Buku Teks Tahun 2 KSSR Semakan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi Buku Teks Tahun 2 KSSR Semakan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi Buku Teks Tahun 2 KSSR Semakan Reviewed by Unknown on 10:49 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.