Top Ad unit 728 × 90

Murid Tingkatan 1 Hentak Kepala Cikgu yang Sedang Solat dengan Batu

Murid Tingkatan 1 Hentak Kepala Cikgu yang Sedang Solat dengan Batu medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

murid hentak kepala cikgu dengan batu

GURU wanita sekolah rendah di Lahad Datu menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar sekolah menengah di surau sekolah guru itu, kelmarin.

Pada kejadian 1.50 tengah hari itu, suspek, pelajar lelaki, 13, dikatakan bertindak demikian ketika mahu mencuri duit milik guru wanita, 23, itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, ketika kejadian, guru terbabit sedang solat Zohor di surau sekolah tempatnya mengajar.

“Ketika tahiyat akhir… suspek (pelajar) menghentak guru terbabit dengan batu kerana bimbang mangsa menyedari duitnya dicuri.

“Berikutan itu, guru terbabit menjerit sebelum pengawal keselamatan serta guru lain yang terdengar jeritan itu segera menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.

“Suspek kini direman mengikut Seksyen 393/324 Kanun Keseksaan.

“Guru wanita yang menerima 17 jahitan bagaimanapun dilaporkan stabil,” katanya.

Difahamkan, sekolah rendah itu terletak berhampiran dengan sekolah menengah.

Sumber : Harian Metro

Masalah Disiplin dan Sosial Makin Parah!

Saban hari makin banyak kes jenayah yang berlaku tidak kira di dalam atau luar kawasan sekolah yang melibatkan murid kita. Siapa sangka mereka yang kita anggap masih kecil ini sudah mampu bertindak diluar batas.

Persoalan yang timbul, adakah mereka sedar tentang wujudnya “batas” perlakuan ini. Adakah mereka dididik dengan sempurna. Tepuk dada tanya iman. Kami mahu respon dari anda semua. Sila komen.

Murid Tingkatan 1 Hentak Kepala Cikgu yang Sedang Solat dengan Batu
Encik Mohd Aried Rifke


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Murid Tingkatan 1 Hentak Kepala Cikgu yang Sedang Solat dengan Batu

Murid Tingkatan 1 Hentak Kepala Cikgu yang Sedang Solat dengan Batu merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Murid Tingkatan 1 Hentak Kepala Cikgu yang Sedang Solat dengan Batu atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Murid Tingkatan 1 Hentak Kepala Cikgu yang Sedang Solat dengan Batu Reviewed by Unknown on 6:33 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.