Top Ad unit 728 × 90

Analisis Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017

Analisis Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Analisis Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017

Peperiksaan kertas bahasa melayu pemahaman dan penulisan telahpun melabuhkan tirainya. Pastinya yang menjadi benak persoalan ibubapa dan guru bagaimanakah keadaan anak-anak dan murid kita ketika menjawab soalan tersebut.

Bagi kebanyakan sekolah, kertas peperiksaan bahasa melayu merupakan kertas harapan kepada murid untuk lulus semua mata pelajaran dan kertas yang dapat memberikan banyak A kepada sekolah.

Berdasarkan kertas peperiksaan kali ini, secara umumnya, boleh dikatakan bahawa, kertas peperiksaan bagi bahasa melayu pemahaman lebih sukar berbanding kertas peperiksaan bahasa melayu penulisan. Ini disebabkan, murid lebih mengeluh apabila keluar dari menjawab kertas peperiksaan bahasa melayu pemahaman berbanding bahasa melayu penulisan.

Berikut merupakan beberapa analisis soalan dan tinjauan yang dilakukan kepada murid selepas selesainya peperiksaan bahasa melayu penulisan upsr ini.

Analisis ini mungkin tidak tepat namun boleh dijadikan rujukan awal kepada para guru untuk melihat keadaan dan bentuk soalan. Analisis ini lebih kepada temu bual kepada murid selepas menjawab soalan tersebut. Soalan hanya akan diberikan kepada sekolah selepas berakhirnya UPSR nanti iaitu pada hari Khamis nanti untuk SK.

Bagi bahasa melayu penulisan, terdapat tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

Bagi bahagian A, murid diminta membina 5 ayat daripada gambar yang diberikan. Soalan ini mempunyai tema yang sama seperti soalan yang di bawah iaitu modul bahasa melayu dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berikut merupakan gambar tersebut.

Berdasarkan gambar di atas, tema adalah berkenaan urusan dan perkara yang berlaku di dalam pasaraya.

Bagi soalan bahagian B, murid diminta membuat ulasan berkenaan dengan kes keracunan makanan daripada maklumat yang diberikan.

Bagi soalan C, murid perlu menjawab 1 soalan daripada pilihan 2 soalan yang diberikan.  Soalan tersebut adalah seperti murid diminta membuat satu karangan yang berkenaan dengan Hari Kesihatan Sedunia di sekolah. Murid diminta membina karangan berdasarkan sambutan hari tersebut di sekolah.

Bagi soalan C yang seterusnya, murid diminta menghasilkan sepucuk surat untuk mengajak rakan murid menyertai pertandingan berbasikal. Terdapat gambar yang diberikan pada soalan ini.

Secara kesimpulannya, kebanyakan murid yang dapat menulis mengatakan soalan penulisan kali ini dapat dijawab dengan baik.

Semoga kejayaan menjadi milik calon upsr 2017 dan anak murid kita semua.

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com

The post Analisis Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Analisis Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017

Analisis Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Analisis Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Analisis Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017 Reviewed by Unknown on 3:42 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.