Top Ad unit 728 × 90

Siapa Cakap Kerja Cikgu di Sekolah Susah

Siapa Cakap Kerja Cikgu di Sekolah Susah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

Siapa Cakap Kerja Cikgu di Sekolah Susah? Admin sangat setuju, siapa yang cakap susah sebenarnya? Setakat hendak mendidik anak bangsa yang bakal menjadi pemimpin negara kita suatu hari ini memang sangat senang. Ya, sangat senang sampai boleh goyang kaki sahaja setiap hari. Betul macam ini? Pastinya TIDAK.

Petikan Isu Kerja Cikgu di Sekolah adalah Senang

Hello. Siapa cakap susah jadi cikgu? Tolonglah. Cikgu pergi sekolah jam 7 pagi. Dia pergi punchcard sekejap selepas itu pergi lepak di kantin. Makan pagi kononnya sambil sembang tentang cikgu itu cikgu ini. Selepas itu, kaki rokok ini bergerak pergi ke kawasan untuk menghisap rokok mereka. Hembus asap dahulu sekejap. Bukan setakat cikgu biasa, sekali dengan guru besar hisap sekali. Hembus asap kiri kanan. Selepas itu loceng berbunyi, cikgu bergerak masuk dalam kelas dan sudah lewat 5 minit. Kelas kotor pula. Baiklah, cikgu suruh murid bersihkan kelas. Siap bersih, tengok masa sudah tinggal 15 minit baki masa. Kena dengar pula ceramah cikgu.

“Kamu ini kelas kotor.. bla bla bla… ” Sudah habis 5 mint, tinggal lagi 10 minit.

“Hah tengok, sudah tinggal 10 minit. Apa kamu nak belajar. Semua buat kerja sendiri. Salin nota, buat latihan..” Cikgu dengan santai duduk di depan, ambil telefon layan Despacito, layan Candy Crush.

“Kringggg… Baiklah masa sudah habis.”

“TERIMA KASIH CIKGU”

Hahaha. Tak semua, tapi macam ada macam ini kan? Jadi, siapa kata kerja cikgu susah. Kerja kilang lagi susah.

Petikan sudah dibetulkan bahasa bagi menjaga penulisan bahasa melayu.

Respon Pendek untuk Menjawab Isu Ini

Jangan lihat apa yang berlaku disekolah sama dengan situasi yang digambarkan ini. Ianya hanyalah sekadar pandangan atau luahan atau teka-teki yang dilemparkan oleh penulis itu sahaja. Mungkin sekadar ingin menegur apa yang tidak kena berlaku di sekolah. Mungkin sahaja ini luahan ibubapa yang terlihat perkara ini berlaku atau ianya mungkin sekada salah faham.

Apa yang tidak betul memang perlu diterima sebagai contohnya bab kawasan larangan merokok kerana rata-rata semua tahu bahawa sekolah adalah kawasan larangan merokok. Tidak kira guru atau murid tidak dibenarkan merokok. Jadi teguran itu mungkin patut diterima.

Namun, untuk yang lain-lain ianya boleh disifatkan sekadar imaginasi penulis sahaja yang mungkin sekadar ingin meletakkan diri dalam situasi guru disekolah. Percayalah, masa mengajar guru di sekolah adalah banyak dan guru sebenarnya sibuk dengan kelas-kelas untuk diajar. Jika dilihat guru bersembang di kantin, mungkin itu adalah masa tiada kelas mengajar. Ketika ini adalah waktu untuk “rechange” balik tenaga dan suara.

Jadi, jom kita bersangka baik kerana rasanya tiada guru yang ingin melihat anak muridnya terkapai-kapai di dalam kelas tanpa belajar apa-apa. Malahan ianya satu perkara yang ditakuti guru kerana telah ada kes-kes sebelum ini yang melibatkan kecederaan murid semasa guru tiada di dalam kelas iaitu ketika rehat, ketika waktu pulang atau waktu pagi dan juga ketika pertukaran guru.

Tugas Guru Zaman Teknologi Abad ke-21

Rata-rata sudah tahu bahawa tugas guru ini sangat kritikal sekarang. Lebih-lebih lagi selepas pelbagai sistem online yang diperkenalkan di sekolah. Antara sistem online tersebut adalah seperti APDM, SAPS, dan sebagainya. Namun begitu, tugas pengkeranian ini bukanlah satu-satunya masalah atau tugasan tambahan guru tetapi tugas utama guru untuk mengajar adalah satu cabaran besar sekarang.

Dengan pengenalan pebagai program LINUS, SEGAK, dan sebagainya menambah lagi tekanan kerja yang sedia ada. Ramai beranggapan guru masuk kerja jam 7 pagi dan balik tengah hari atau lebih kurang jam 1 atau 2 petang. Berbanding kerja penjawat awam lain yang masuk jam 8 pagi dan balik jam 5 petang. Jika dilihat, beza masa berkerja mungkin dalam 1 jam sahaja tetapi perbezaan itu dilihat satu perbezaan yang besar dan sering digembar gemburkan.

Yang lebih parah, ada yang menyatakan kerja cikgu banyak cuti. Katanya kalau cuti sekolah, guru akan bercuti sahaja. Nampaknya ramai yang tidak tahu dan sedar akan situasi sebenar di sekolah zaman sekarang.

Zaman sekarang, rasanya semua sekolah wajib melaksanakan kokurikulum. Ya, betul cikgu balik pukul 1 atau 2 petang. Tetapi biasanya akan ada sahaja aktiviti petang kokurikulum yang berjalan. Belum lagi dikira bab kelas tambahan petang, kelas tambahan malam. Aktiviti atau program hujung minggu dan sebagainya.

Pendek kata, kalau nak disenaraikan rasanya bukanlah suatu kerja yang baik untuk di gembar-gemburkan. Sebaliknya apa yang ingin di tekankan disini ialah tugas guru untuk mendidik anak bangsa sekarang sangat hebat. Pelbagai masalah sosial dan masalah dengan ibubapa sendiri yang perlu diatasi.

Jadi, pendek bicara mohon sama-sama masyarakat memandang tinggi profession perguruan kerana tugas guru mendidik anak bangsa kita adalah besar. Merekalah yang bakal mencorak bentuk dan keadaan negara kita suatu hari nanti.

Terima kasih cikgu.

 

Siapa Cakap Kerja Cikgu di Sekolah Susah
Encik Mohd Aried Rifke


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Siapa Cakap Kerja Cikgu di Sekolah Susah

Siapa Cakap Kerja Cikgu di Sekolah Susah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Siapa Cakap Kerja Cikgu di Sekolah Susah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Siapa Cakap Kerja Cikgu di Sekolah Susah Reviewed by Unknown on 9:28 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.